Saturday

Laporan Audit, kadar royalti Kayu Jaras Selangor rugi!


SELEPAS pendedahan di MiLo SuaM tentang kerugian teruk syarikat milik Kerajaan Negeri Johor yang berterusan rugi sejak 2007, rujuk sini [YWJ Citra Holding].

ReJaM© telah menerima 13 email meminta MiLo SuaM agar menyiarkan juga kerugian Kerajaan Negeri Selangor supaya pembaca dapat membuat perbandingan prestasi negeri di bawah Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Sebagai memenuhi permintaan itu, kali ini ReJaM© siarkan juga laporan Audit Negara tentang kerugian Kerajaan Negeri Selangor. Di bawah ini petikan Laporan audit Negara muka surat 17 terhadap Negeri Selangor.


Semakan Audit terhadap rekod JPNS mendapati kadar royalti tidak pernah disemak semula sejak tahun 1988 iaitu melebihi 20 tahun. Kadar ini sangat rendah berbanding dengan harga pasaran kayu jaras yang semakin meningkat.

Maka Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian besar kerana hanya menerima royalti yang sama sejak 20 tahun dahulu sedangkan harga Kayu Jaras sudah jauh meningkat.

Kalau dilihat ini peluang Kerajaan Negeri untuk menggandakan lagi pendapatan negeri supaya hasilnya nanti lebih mudah dan lebih banyak untuk dikembalikan semula kepada Rakyat Selangor.

Laporan Audit turut mendedahkan bahawa JPNS telah mengemukakan Kertas MMKN kepada Exco Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bertujuan memohon kepada MMKN untuk menerima cadangan pelarasan kadar royalti baru.

Maka selepas kenaikan royalti ini (Sekiranya diluluskan oleh MMKN) nanti kerajaan negeri tentu sekali akan menerima keuntungan yang lebih besar.

ReJaM© "Jangan ikut perangai kerajaan negeri lama..."


EmoticonEmoticon