Saturday

Mayat Ghaddafi dipamerkan dalam peti sejuk pasaraya


BARANGKALI inilah pengajaran terhadap pemimpin yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasa.

Arab News melaporkan bahawa jenazah Perdana Menteri Libya, Muammar Ghadaffi yang terbunuh baru-baru ini dijadikan pameran di dalam peti sejuk sebuah pasar raya [Arab News].

Orang ramai dilaporkan, sanggup beratur panjang untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri mayat Muammar Ghadaffi yang terbujur kaku separuh bogel dengan keadaan berlumuran darah di pasar raya tersebut.


Pihak berkuasa Libya dilaporkan bertelingkah berhubung apa yang perlu dilakukan terhadap jenazah Ghaddafi. Keadaan di Libya pada waktu ini kacau bilau. Pentadbiran kerajaan sementara juga tidak tersusun.

ReJaM© "Pengajaran buat pemimpin zalim, kuasa hanya sementara..."


EmoticonEmoticon