Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri

SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian selama sebulan hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung selama sebulan. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya?

Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.

Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat selama sebulan.


Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah.

Rakyat Selangor semua, sila lihat wajah ini baik-baik. Ini wajah kepala gerombolan songkok tinggi Selangor. Inilah menteri yang dimaksudkan! Pastikan menteri ini bungkus PRU13 sebelum dia menyusahkan orang lain di Negeri Selangor.



ReJaM© "Jangan ingat kamu menteri, kamu boleh pijak peniaga buah..."

1 Comments

  1. Have you ever thought about publishing an e-book or guest authoring on other
    blogs? I have a blog centered on the same topics you discuss and would really like
    to have you share some stories/information. I know my audience would
    value your work. If you're even remotely interested, feel free to send me an e-mail.

    www.thehonoluluroofer.com

    Also visit my website :: honolulu DUI Attorney rates

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan