Laporan Audit 2010, Syarikat Kerajaan Johor alami kerugian sejak 2007

BERDASARKAN Laporan Audit Negara 2010, Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor didedahkan sebagai diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian.

Antara syarikat yang didedahkan ialah syarikat milik Yayasan Warisan Johor, iaitu YWJ Citra Holding yang mengalami kerugian sejak tahun 2007 sehingga 2009.

Berikut petikan Laporan Audit Negara 2010 muka surat xxiii berkenaan tadbir urus Syarikat YWJ Citra yang diurus begitu teruk.


Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal kerja pada tempoh sama semakin kurang nilainya. Duit rakyat yang dijadikan modal semakin susut dan rugi.

Syarikat juga tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap atau konsisten serta belum mendapat pulangan dari aktiviti perladangan dan hartanah yang diceburi.

“Bangunan rumah kedai miliknya masih belum ada penyewa, sejak ia dibeli selain kelemahan pengurusan dan pekeliling tidak dipatuhi,” menurut laporan audit berkenaan.

ReJaM© "Laporan yang mereka tak mahu rakyat tahu..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan