Umno mahu menang untuk bangunkan Negeri Kelantan?

TERTARIK gua nak ulas tentang angan-angan United Malays No Otak, UMNO untuk merampas Kelantan kononnya untuk membangunkan Kelantan.

Inilah namanya tak sedar diri, tapi perasan bagus. Kononnya mereka nak tipu penduduk Kelantan, nak pancing orang Kelantan agar mengundi BN dengan umpan pembangunan.

Kononnya kalau mereka (United Malays No Otak) dapat perintah Kelantan, maka Negeri Kelantan akan dibangunkan dan maju [Utusan 8 oct 2011].

Sejarah tidak pernah menipu, sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan yang diwar-warkan oleh BN hanyalah retorik.

Sebelum ini United Malays No Otak pernah juga memancing rakyat Sabah dengan umpan pembangunan, semasa Sabah diperintah oleh Parti Bersatu Sabah,PBS.

Tapi selepas Sabah berjaya dirampas dari PBS, Sabah hanya mampu menjadi negeri paling miskin dan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Pada 2008, United Nation Development Program – Malaysia (UNDP) mendedahkan bahawa Negeri Sabah sangat jelas ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

UNDP juga turut mendedahkan bahawa 24% isi rumah di Negeri ini berada di bawah paras kemiskinan. Di samping itu, 1 perlima dari populasi 42% anak-anak miskin berumur 6 tahun ke atas tidak pernah ke sekolah [UNDP].


Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana Negeri Sabah yang kaya dengan sumber alam, malah merupakan negeri kedua termaju di Malaysia suatu masa dahulu, kini jadi negeri paling miskin selepas diperintah oleh BN.

Jika BN perintah Kelantan, maka Kelantan akan menerima nasib seperti Negeri Johor. Tanah-tanah Melayu habis tergadai, lihat sendiri berapa banyak tanah Melayu tergadai di Johor?

Berpuluh tahun Sabah diperintah oleh BN, apa rakyat Sabah dapat? Sekadar dapat jadi Negeri paling miskin, namun memiliki harga rumah kedua termahal di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

RentaP© "Alamat jahanamlah Negeri Kelantan kalau bagi BN perintah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan