Saturday

Video Mahathir ajak pemuda dan puteri Umno menderhaka kepada raja!


SEMASA Tun Mahathir mengajak pemuda Umno menderhaka kepada raja pada 2008, tiada apa-apa tindakan dikenakan ke atasnya. Di bawah ini antara petikan kata-kata Tun Mahathir mengajak untuk menentang (derhaka) kepada raja.

Kita mesti dalam Umno, kalau kita ada dalam Umno, kita suarakan pendapat kita. Jangan takut, jangan takut. Kenapa begitu sekali takut?

Orang Melayu ni begitulah, dia dengar sangat Hang Tuah. Hang Tuah kata Melayu tidak akan menderhaka kepada raja. Jadi raja buat apa, bunuh orang pun tak apa.

Inilah nasib orang Melayu bila kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu. Selalu kita patuh, zaman saya dulu patuh baik-baik.

Tapi sekarang ni tak usahlah patuh sangat pasal dia (raja) buat benda tak betul. Itu saja, dan kalau kita duduk dalam puteri, dalam putera, ataupun apa-apa kita mesti berani berkata...

Di bawah ini rakaman ucapan Tun Mahathir mengajak untuk menderhaka kepada raja.



Apa saja yang dibuat oleh pihak yang menyokong Umno termasuk mengajak orang menderhaka kepada raja, bukan menjadi satu kesalahan.

Sebaliknya ahli akademik yang juga pakar perlembagaan seperti Prof Aziz Bari, dihentam kiri kanan, digantung, disiasat dan sebagainya hanya kerana menyebut, baginda (Sultan Selangor) sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam [Malaysiakini].



ReJaM© "Undang-undang jadi gila bila dikawal oleh orang gila..."


EmoticonEmoticon