Anwar burukkan Malaysia di Indonesia!

TAJUK berita di akhbar propaganda Utusan Malaysia hari ini "Anwar terus burukkan Malaysia". Malam nanti Buletin Utama di TV3 Al-Musyrikin seperti biasa akan membawa isu yang sama.

Ini "hint" untuk memulakan serangan bertali arus terhadap Anwar.



Apa yang korang paham dengan tajuk berita ni?

Ini maknanya, Utusan sudah dapat isu baru untuk diputar siang dan malam pagi dan petang, diulang-ulang setiap hari selama yang mungkin untuk memperbodohkan orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng.

Lepas ni satu persatu pemimpin Umno akan diinterview oleh Utusan dan TV3 Al-Musyrikin untuk mengeluarkan pendapat. Berita sampah ini akan diulang, ulang, dan ulang setiap hari.

Selepas itu, kambeng, pokok kelapa dan juga siput sedut turut akan ditemu bual supaya meluahkan rasa marah kepada Anwar. Lepas tu apa lagi?

Akan ada segerombolan manusia patriotik berdemo selepas solat Jumaat, mendapat upah RM30 seorang meluahkan perasaan marah kepada Anwar. Mereka yang konon-konon patriotik ni akan membuat laporan Polis beramai-ramai.

Lepas tu polis akan keluarkan kenyataan bahawa beratus-ratus laporan polis terhadap Anwar Ibrahim telah diterima dari pelbagai pihak, badan-badan NGO, persatuan orang buta, persatuan penagih dan sebagainya.

Presiden Perkasa si Katak gemuk pendek tu akan memaki hamun Anwar kerana tidak patriotik. Zahrain katak pula akan suruh kerakyatan Anwar dilucutkan.

Zul Kulim dengan songkok "cover botak" dia akan keluarkan hukum dan fatwa kewajiban mempertahankan negara di dalam Islam dan banyak lagilah you name it! Kah kah kah....

ReJaM© "Berita sampah ini akan jadi isu panas tunggu!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan