Bagaimana Lori Dagang Syarikat Israel terlepas masuk Malaysia?

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan "bolosnya" peserta tinju dari Israel, Ilya Grad yang telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN [Malaysiakini].

Umum mengetahui, negara ini tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, malah kita tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Bukan itu sahaja, malah Rakyat negara ini juga dilarang daripada melawat Israel (Rujuk pasport antarabangsa).

Apa yang menimbulkan persoalan, bagaimana kontena syarikat pengangkutan Israel, ZIM boleh terlepas masuk ke Malaysia?

Salah sebuah foto yang berjaya diambil menunjukkan bahawa kontena milik syarikat Israel, ZIM bergerak bebas di negara ini.

Kontena ZIM ini dibawa oleh lori menggunakan nombor pendaftaran JHE 3553 membuktikan bahawa ia berada dan bergerak bebas di Malaysia.


Semakan di laman sesawang rasmi Syarikat tersebut menjelaskan bahawa Nama "Zim" ini dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez, berdasarkan petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew "Zim" merujuk kepada "kapal besar."

Laman sesawang rasmi ZIM yang turut memaparkan bendera Israel itu turut menjelaskan bahawa nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat untuk membina sebuah armada dagang yang besar [ZIM]




ReJaM© "Sudah berapa lama kita diperbodohkan dengan kehadiran Israel di bumi Malaysia?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan