Sunday

Kapal peronda, Malaysia beli RM1 bilion, Filipina RM32.7 Juta


PADA 5 Feb lalu kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM [Utusan].

Gambar kapal peronda yang dimaksudkan boleh dilihat dalam laporan Utusan. Di bawah ini screenshot laporan berita berkenaan. Ini bermakna sebuah kapal peronda TLDM berharga RM1 bilion (RM1000 juta).


Tiga hari lepas pula, kerajaan Filipina seperti yang dilaporkan oleh portal berita berpengaruh negara tersebut, Philstar telah menerima kapal peronda besar kedua yang dibeli dari Amerika untuk kegunaan tentera laut negara itu [Philstar].

Namun begitu harga kapal peronda yang dibeli oleh Filipina ini cuma 450 juta peso (RM32.7 juta) sebiji.


Di bawah ini gambar Kapal Peronda bersaiz besar yang dibeli oleh Filipina dengan harga cuma RM32.7 juta. 

Dengan duit peruntukan sebanyak RM6 bilion (RM6000 juta), kalau bagi kepada Filipina mereka boleh beli 183 biji kapal peronda bersaiz besar seperti ini.


Fakta ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh United Malays No Otak memang sangat bijak menguruskan ekonomi seperti yang dicanangkan oleh mereka!

Sudah tentulah kapal peronda Malaysia lebih canggih dari Filipina. Kapal peronda Filipina hanya boleh melakukan rondaan di atas permukaan air, Malaysia pula boleh ronda di udara (agaknyalah).

ReJaM© "Bijak uruskan ekonomi cukong (kroni)"

5 comments

Assalamualaikum. Tak silap saya kapal peronda Filipina tu kapal terpakai manakala kapal SPGV tu kapal baru

Lagi satu, tolong jgn mempersoalkan soal pertahanan sebab pertahanan amat penting pada sesebuah negara.

Jgn politikkan bidang pertahanan kerana ianya satu bidang yg berbeza dan anda juga akan menyebabkan kemarahan pihak pengemar bidang pertahanan.

Dan SPGV Malaysia tu mempunyai kemapuan yg setaraf dgn frigat kelas Delta Singpore dan kelas Sigma milik Indonesia

Alahai,simpan skit bodo tuu. Yg filipina beli tu jenis peronda cutter.lebih kpd meronda bukannya utk warfare.Ia hanya dilengkapi meriam jer.. SGPV tu ialah sejenis Frigate utk kegunaan warfare maritim.SGPV tu anti kapal.dilengkapi missiles dan meriam yg lebih besar,begitu juga dgn radar dan sensornya.maka x hairanlah harga nya melebihi RM1Billion.tq.


EmoticonEmoticon