Kondo RM9.8 Juta, Khairy kantoikan Shahrizat

SEMALAM Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia mengeluarkan kenyataan di dalam blognya bahawa syarikat keluarga Shahrizat telah membeli sebuah kondo mewah di Bangsar yang berharga RM9.8 Juta.

Khairy juga mendedahkan bahawa kondo mewah tersebut dibeli menggunakan dana rakyat dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk projek lembu negara (Projek Fidlot Nasional)[Malaysiakini].


Sewaktu Rafizi Ramli mendedahkan pembelian kondo mewah ini, berlumba-lumba penyokong Umno menafikan dakwaan itu. Mereka bersungguh-sungguh mengatakan bahawa ini semua hanyalah fitnah Rafizi dan KEADILAN.

Tiba-tiba Khairy pula dedahkan syarikat lembu keluarga Shahrizat, NFC memang benar ada membeli kondo mewah berharga RM9.8 juta dengan alasan sebagai pelaburan.

Ini syarikat keluarga Shahrizat, tapi kenapa Khairy yang bersungguh-sungguh tolong jawabkan? Khairy juga membuatkan semua penyokong Umno yang membela Ketua Wanita Umno itu terdiam dan menyesal kerana membela Shahrizat sebelum ini.

NFC kerjanya membela lembu, bukan membeli kondo mewah untuk pelaburan. Tanya lembu, lembu pun tahu. Alasan membeli kondo mewah RM9.8 juta untuk pelaburan langsung tak masuk akal.

Inilah namanya seni politik. Kerana ada perbezaan ketara antara Shahrizat dan Khairy. Buat pertama kali dalam sejarah, Ketua Pemuda Umno seperti Khairy yang menang bertanding pilihanraya 2008 tak dapat sebarang jawatan menteri.

Sebaliknya Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang kalah bertanding pilihanraya 2008, boleh dilantik memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Siapa tak hangin bhai?

Lepas ni ada lagi skandal Shahrizat yang akan didedahkan untuk menamatkan karier politik Ketua Wanita Umno yang kalah pilihanraya tapi dapat jawatan menteri itu. Budaya cantas mencatas akan semakin hebat kah kah kah.

Macam mana maklumat rahsia tentang pembelian kondo boleh sampai ke tangan Rafizi? Macam mana masa, hari, tarikh, akaun bank, jumlah tepat transaksi duit, dan semua maklumat NFC boleh sampai ke tangan Rafizi? Rafizi ada pasang CCTV dalam pejabat NFC ke? Kah kah kah...

Lain kali bagilah alasan beli kondo mewah RM9.8 Juta untuk bela lembu baru orang percaya kah kah kah.

ReJaM© "Ini namanya menangguk di air keruh..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan