Tuesday

Pejuang Taliban diberi gaji bulanan agar tak serang British


PEJUANG Taliban dibayar £100 (RM497) sebulan supaya berhenti daripada menyerang tentera-tentera British di Afghanistan menurut satu pendedahan yang dilaporkan oleh Daily Mail semalam.

Mereka menerima bayaran bulanan dan dibenarkan untuk menyimpan senjata AK47 serta lain-lain rifle di bawah pengawasan program Nato namun perlu menyerahkan senjata berat yang dimiliki.

Mereka juga diberikan pengampunan, yang bermaksud mereka tidak akan menghadapi pertuduhan meskipun pernah menyerang dan membunuh tentera-tentera British sebelum ini.


Para pejuang mestilah mengistiharkan perbuatan mereka sebelum ini serta menyatakan hubungan mereka dengan mana-mana organisasi yang disifatkan sebagai pengganas oleh British.

Mereka juga tidak boleh menyerang mana-mana tentera dari International Stabilisation and Assistance Force (ISAF).

Program ini telah menerima dana antarabangsa sebanyak £98 Juta (RM486 juta) termasuk £6.5 juta (RM32.3 Juta) dari kerajaan Britain.

Pejuang Taliban yang menyertai program tersebut tidak melalui proses soal siasat, sebaliknya hanya perlu melengkapkan satu siri soalan-soalan bagi menjelaskan mengapa mereka menyertai pemberontak.

Program 3 bulan itu dilaporkan sebagai satu sesi "de-indoktrinasi" di mana mereka menerima pendidikan daripada British tentang nilai-nilai kerakyatan dan sebagainya.

Bayaran bulanan itu bagaimanapun akan tamat sebaik sahaja program tersebut selesai.

Lebih 2,700 pemberontak dilaporkan menyertai program tersebut pada bulan oktober 2010, termasuk 90 dari daerah Helmand di mana hampir 400 askar British terkorban di sana dan lebih 5000 cedera.

Di Utara Afghanistan, menyaksikan kira-kira 900 pejuang Taliban meninggalkan kumpulan mereka dan dilaporkan serangan terhadap tentera British berjaya dikurangkan sehingga hampir satu pertiga.

Sumber: Free Malays



ReJaM© "Kalau kamu tak serang saya, saya bagi kamu gaji setiap bulan..."


EmoticonEmoticon