Friday

Pengerusi NFC mengaku tiada kepakaran ternak lembu


SEBELUM ini pengarah strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana National Feedlot Corpration, NFC boleh membelanjakan sehingga RM827,579 untuk lawatan ke luar negara?

Bagaimana dana yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk projek lembu kebangsaan boleh dibelanjakan sebegitu banyak untuk lawatan ke luar negara?

Persoalan itu dijawab oleh pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat Jalil melalui sebuah artikel propaganda drama emosi kekeluargaan di Akhbar The Star milik MCA [The Star].


Pengerusi NFC, Dr Salleh mengaku terpaksa berbelanja besar sehingga hampir sejuta ringgit (RM827,579), untuk membuat lawatan sambil belajar keluar negara.

Ini kerana NFC tiada kepakaran menternak lembu. Nah, di sini jelas kenyataan bodoh dan kantoi! Bagaimana kerajaan boleh bagi pinjaman mudah dengan interest rendah (2%) kepada syarikat yang tiada kepakaran menternak lembu?

Bagaimana projek ternak lembu ini boleh dapat kepada syarikat yang tiada kepakaran dan pengalaman? Jawapannya mudah, kerana ini syarikat keluarga menteri!

Berapa banyak lagi syarikat yang lebih pakar termasuk persatuan penternak yang layak mendapat projek ini tapi punya susah nak dapat pinjaman.

Persatuan penternak juga mendesak kerajaan sediakan dana pinjaman RM250 juta untuk 500 ahli mereka, rujuk sini [Persatuan penternak]

Tambah melucukan, Shahrizat sebelum ni kata keluarga dia memang layak dapat projek ni. Layak kepala hotak dia!



ReJaM© "Takda kepakaran, patutlah ternak lembu dalam kondo mewah..."


EmoticonEmoticon