Sunday

Tesco henti program kebajikan tapi sokong Festival Gay


TESCO telah mencetuskan kemarahan apabila menamatkan sokongannya kepada Cancer Research "race for life" sebaliknya membuat keputusan untuk menaja festival gay terbesar di Britain.

Segelintir kumpulan dan pengulas agama mengutuk keputusan itu dan menyeru orang ramai agar memboikot rangkaian pasaraya tersebut.

Tesco dilaporkan telah bekerjasama dengan Cancer Research selama lebih sepuluh tahun, dan berjaya mengumpul dana ratusan juta pound sterling di dalam membantu menangani penyakit yang telah menjangkiti satu pertiga penduduk Britain itu.


Rangkaian pasaraya besar itu sebelum ini memainkan peranan utama di dalam meningkatkan dana tahunan "Race for Life" sebuah program kebajikan wanita terbesar di United Kingdom.

Dilaporkan lebih £400 Juta (RM2 bilion) berjaya dikumpul sejak program kebajikan tersebut dimulakan pada tahun 1994.

Namun sebaik sahaja Tesco mengumumkan untuk menamatkan kerjasama dengan badan kebajikan itu, syarikat tersebut dilaporkan akan menaja Pride London.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Jualan Tesco, Andrew Higginson berkata "Pasukan kami akan menjalinkan kerjasama rapat dengan Pride London bagi memastikan festival tahun depan lebih menyeronokkan".

Ramai pihak yang kesal mengecam tindakan itu dengan alasan, Tesco sebagai rangkaian pasaraya tidak sepatutnya terlibat dengan organisasi politik yang agresif.

Sumber: Free Malays


EmoticonEmoticon