Tuesday

Tiada sokongan, terpaksa pergunakan budak-budak


SATU perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.

Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.

Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.


Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.

Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.

Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.


Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.



Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.

Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.

Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".

Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?



ReJaM© "Boss diorang ni lupa nak ajar cara bagi alasan kah kah kah"


EmoticonEmoticon