Utusan iktiraf taukey judi sebagai pemimpin ikon!

KITA semua sedia maklum bahawa Utusan Malaysia selama ini menjadi alat propaganda Kerajaan Barisan Nasional terutamanya Umno untuk terus mengekalkan kuasa.

Sebentar tadi ReJaM© terkejut bila adik kepada seorang rakan berbual dengan abangnya "Vincent Tan ni hebat juga ya? Jadi pemimpin ikon Malaysia rupanya...". Dalam hati ReJaM© "Kejadah apa taukey judi hebat...?".

Rupanya dia tengah baca Portal Utusan Malaysia. Dalam hati ReJaM© "Celaka punya Utusan, kuat betul hantu propaganda dia!"

Propaganda Utusan kali ini benar-benar membimbangkan, di bawah tajuk "Malaysia miliki ramai pemimpin ikon" akhbar itu jelas mengangkat taukey judi, Tan Sri Vincent Tan sebagai pemimpin ikon [Utusan].

Utusan Malaysia secara jelas menyebarkan propaganda halus supaya pembacanya dapat menerima Taukey Judi yang cukup terkenal ini sebagai pemimpin ikon sebaris dengan penerima anugerah yang lain.

Bukankah banyak lagi tajuk lain boleh digunakan? Seperti Mahathir terima anugerah, Tun Mahathir diiktiraf lagi, Mahathir terima anugerah Legendary Brand ICON Leadership Award 2011 dan lain-lain. 

ReJaM© "Berapa ramai budak-budak yang dah terpengaruh dengan propaganda celaka ni?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan