Lagi Ahli Parlimen BN desak Shahrizat letak jawatan

PENYELEWENGAN yang berpunca dari pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal projek lembu feedlot milik anak beranak Shahrizat Jalil terus hangat diperkatakan.

Selepas Tun Mahathir "menyuruh Shahrizat berundur sebelum dihalau", kini seorang lagi pemimpin Barisan Nasional mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

Menyifatkan skandal itu sebagai skandal terbesar dan memalukan di dalam pentadbiran Najib Tun Razak, Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh mahu Shahrizat bertanggungjawab atas kesalahannya.


Meskipun Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno Malaysia cuba mengajak wanita Umno untuk mempertahankannya, namun ia ibarat "menutup bangkai lembu dengan tempurung".

Kalau pun bangkai itu berjaya ditutup, busuknya akan terus menusuk hidung ditambah dengan tahi-tahi lembu yang menyesakkan.

Shahrizat cuba mempertahankan dirinya dengan cara mengamuk di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, namun ia hanya tindakan sia-sia dan meloyakan para penyokongnya.



Makan duit sorang-sorang, bila kantoi nak mintak tolong kawan-kawan "back up" mana boleh derrr...

ReJaM© "Rumah mewah ala chalet di Janda Baik tu siapa punya kak ijat?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan