Monday

Lucu! Pemimpin diserang sawan babi semasa berceramah!


ADA saja benda bodoh dibuat oleh pemimpin Umno ni. Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sebuah video rakaman lucu seorang pemimpin Umno dari Melaka.

Semasa satu ceramah yang diadakan oleh PAS dan DAP berdekatan DUN Bukit Baru Melaka, gerombolan United Malays No Otak juga mengadakan ceramah untuk mengganggu.

Sejak dari awal ceramah PAS dan DAP penceramah United Malays No Otak ini telah diserang "sawan babi".

Pesakit sawan babi ini terjerit-jerit dan mencarut-carut menggunakan pembesar suara menyahut suara penceramah DAP yang kedengaran di kawasan berdekatan.

Difahamkan para hadirin yang hadir sekitar enam orang tercengang dan kehairanan dengan gelagat penceramah mereka yang terjerit-jerit seperti keldai mengawan itu.

Lihat video di bawah ini.




Dari maklumat yang diterima (tidak sahih), pesakit sawan babi ini tetap terus menjerit-jerit dan mencarut seorang diri meskipun kesemua penonton yang kehairanan sudah beredar.

Namun akhirnya pesakit ini dikatakan berhenti juga apabila sudah terlalu penat dan suaranya bertukar menjadi serak.

ReJaM© "Patut ada undang-undang melarang pesakit gila babi berceramah"


EmoticonEmoticon