Penduduk kesal projek kerajaan negeri Selangor disabotaj



KERAJAAN Negeri Selangor telah melancarkan program membaik pulih perumahan murah dan sederhana bagi seluruh negeri Selangor yang dinamakan sebagai “Program Ceria”. Secara ringkasnya, ia adalah program perkongsian kos antara pemilik rumah dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri akan menanggung kos 20%.

Tiba-tiba di Gombak Setia, Penyelaras DUN Gombak Setia Barisan Nasional memberitahu Kerajaan Barisan Nasional akan menanggung kos sebanyak 100% bagi flat Taman Samudera. Dikatakan Barisan Nasional akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM1.2 juta bagi pembaik pulihan flat Taman Samudera.

Di sini saya ingin mempersoalkan:

1.0 Mengapakah pembaikpulihan ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional 4 tahun dahulu sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor? Flat Taman Samudera ini terbiar begitu rupa akibat sikap Kerajaan Barisan Nasional yang tidak peka rakyat.

2.0 Adakah peruntukan ini hanya untuk Flat Taman Samudera sahaja ataupun untuk semua perumahan murah dan sederhana seluruh Selangor?

3.0 Mengapa sengaja diwar-warkan peruntukan untuk flat Taman Samudera sahaja dan tidak untuk flat-flat yang begitu banyak seluruh Selangor?

Bagi saya sebagai rakyat Selangor melihat tindakan Barisan Nasional ini hanya gimik politik untuk memalukan Kerajaan Negeri Selangor semata-mata.

Kalau setakat membiayai kos untuk satu flat sahaja (flat Taman Samudera) tidak perlulah UMNO berkokok seluruh kampong. Kerajaan Negeri terpaksa memikirkan kebajikan dan pembaikpulihan semua perumahan2 murah dan sederhana seluruh Selangor termasuk di kawasan2 pendalaman seperti Sabak Bernam dan Sepang.

Yang lebih menghairankan, UMNO berbelanja lebih RM1.2 juta untuk projek itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula berbelanja RM360k sahaja untuk membaik pulih Flat Samudera. Mengapa Barisan Nasional terpaksa menanggung kos yang berlipat2 ganda seperti itu, saya pun tak paham. (Rujuk pada http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja)

Pokoknya, kalau setakat satu flat sahaja, simpanlah niat tu. Tak perlu beritahu orang ramai. Tak perlu juga cuba untuk menghina kerajaan Negeri Selangor yang berhempas pulas menjaga kebajikan rakyat Selangor yang selama ini terbiar di bawah Barisan Nasional/UMN O.

Masa berkuasa dahulu, Barisan NAsional bebas membela nasib rakyat susah ini, tapi peluang itu tidak digunakan oleh mereka. Janganlah pula cuba mensabotaj orang lain yang ikhlas cuba membela nasib mereka yang tidak bernasib baik.

RAKYAT SELANGOR PRIHATIN



ReJaM© "surat ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan