Wednesday

Rakyat Malaysia tangga ke 3 paling curang di dunia


RAKYAT Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki-lelaki Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama diikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.

Russia dan Hong Kong di tangga ke empat dan kelima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.



Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.

Wanita Russia di tangga ke empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke lima.

Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup mereka manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup data ini adalah yang tertinggi di Asia.


Sumber: Free Malays


EmoticonEmoticon