Laporan Polis terhadap Saiful Bukhari kerana memfitnah melalui blog Umno



HARI ini satu laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Koordinator Jingga 13 merangkap Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa terhadap Saiful Bukhari Azlan lelaki yang mengaku telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Ini berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap Fariz melalui sebuah blog pro Umno, RBF. Blog tersebut menyebarkan cerita kononnya Fariz telah mengadakan satu pertemuan sulit bersama Saiful di sebuah hentian lebuhraya.




Fariz Musa menafikan bahawa beliau melakukan pertemuan sulit bersama Saiful, sebaliknya ia sekadar pertemuan secara kebetulan antara Fariz, isterinya dan seorang lagi kawan yang kebetulan naik satu kereta bersama beliau.

Dengan kata lainnya, Fariz sekadar terserempak dengan Saiful, dan berborak seketika namun Saiful melalui blog pro Umno memutarbelitkan cerita kononnya mereka telah melakukan pertemuan sulit.

Tambah lucu cerita itu ditokok tambah kononnya Fariz mendengar pengakuan Saiful yang telah diliwat dan yakin bahawa Saiful berada di pihak yang benar.

Kejadian ini berlaku pada hari ketiga Hari Raya Aidil Adha tempoh hari saat Fariz pulang ke Shah Alam kembali bercuti dari kampung halamannya.

Dalam pertemuan itu Fariz terserempak dengan Saiful seorang diri memakai topi sedang menghisap rokok ketika keluar dari tandas. Maka jelas sekali Saiful menggunakan ini sebagai political milage untuknya supaya orang percaya bahawa duburnya telah ditebuk.

ReJaM© "Bahaya betul Saiful ni, Nasib baik Dia tak kata Fariz liwat dia di lebuhraya..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan