Lebih 100 penyokong Hassan Ali keluar PAS

DIPETIK dari akhbar Utusan Malaysia. Lebih 100 ahli PAS Kampung Kerdas Gombak sertai UMNO kerana kecewa apabila Hassan Ali dipecat oleh pimpinan PAS.

Maka dari berita ini jelas sekali bahawa ahli PAS yang dimaksudkan di sini adalah penyokong Hassan Ali. Rujuk prinscreen di bawah, ia dipetik dari portal Utusan Malaysia.




Namun yang menariknya, mereka mengaku menyertai Umno kerana yakin hanya Umno yang boleh membela nasib rakyat. Lihat ayat ini "Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat".

Apa kaitannya tak puas hati Hassan Ali dipecat dengan BN boleh bela nasib rakyat? Patutnya buatlah alasan Hassan Ali tak ada dalam PAS maka Islam akan hancur, hanya Hassan Ali pembela Islam sebenar bla bla bla... baru orang percaya.


ReJaM© "Sejak Hassan Ali dipecat, hanya BN membela nasib rakyat! Kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan