Tuesday

Letupan bom di mahkamah, konspirasi siapa?



SEMALAM, tiga letupan bergema di mahkamah. Mengakibatkan 5 orang tercedera termasuk di perut, tangan dan muka.

Siasatan Unit Pemusnah Bom di tempat kejadian menemui bateri, wayar, jam jangka dan galas bebola - Utusan.

Maknanya, bom tersebut dirancang untuk meletup pada waktu-waktu yang ditetapkan. Ia sudah dirancang lebih awal.

Jika Anwar diputuskan untuk ke penjara semalam, dan bom tersebut meletup, maka kecohlah di media-media perdana akan memainkan cerita dongeng.

Tentu mereka akan kata peserta perhimpunan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, maka meletupkan bom, dan rakyat mudah percaya.

Mereka akan kata Pakatan Rakyat gagal mengawal perhimpunan, dan ia memberikan ruang kepada BN sebagai alasan menyekat mana-mana perhimpunan aman akan datang.

Alhamdulillah, mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah maha rapi.

Datuk Seri Anwar dibebaskan oleh mahkamah. Namun si pelaku tidak dapat mematikan bom yang dipasang lebih awal.

Maka ia tetap juga meletup pada waktu-waktu seperti yang mereka rancangkan.

Jangkaan mereka meleset bila Anwar dibebaskan. Motif meletupkan bom menjadi tidak relevan.

Siapa mahu percaya penyokong Datuk Seri Anwar meletupkan bom sedang beliau sudah dibebaskan?

Terbukti perhimpunan semalam berjalan dengan lancar dan aman meskipun lautan manusia memenuhi Mahkamah Jalan Duta.

Kepada si pelaku, jawablah kamu di hadapan Allah di hari akhirat kelak.


ReJaM© "Alhamdulillah, rancangan mereka gagal..."


EmoticonEmoticon