Wednesday

Lucu! Permainan perli Rosmah untuk iPhone dan iPad?


BAGI anda yang memiliki iPhone atau iPad, barangkali anda boleh memuat turun sebuah applikasi permainan Aku Jimat di itunes yang dilihat bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan menabung dari kecil.




Sebuah watak menyerupai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor digunakan di dalam permainan ini. Difahamkan, di dalam permainan ini, semakin banyak tabungan anda sejak kecil, semakin banyak barang berharga boleh dibeli.

Antaranya ialah koleksi beg tangan berharga puluhan ribu dollar, serta sebentuk cincin berlian berharga 24 juta dollar boleh dibeli di dalam permainan ini jika anda menabung sejak kecil lagi.




Kalau dilihat, banyak ciri-ciri di dalam permainan ini yang menyerupai Rosmah Mansor. Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah yang mencipta dan membangunkan permainan ini untuk pengguna iPad dan iPhone.

Sama ada permainan ini sengaja dicipta untuk memerli Rosmah Mansor atau sekadar kebetulan yang sangat sempurna juga tidak dapat dipastikan kah kah kah...

Apa yang jelas permainan ini sudah tentu akan mempopularkan lagi Rosmah Mansor di kalangan pengguna iPad dan iPhone seluruh dunia.



ReJaM© "Nak cuba permainan ini? Klik sini [itunes]"


EmoticonEmoticon