Perkasa kata mahu buat provokasi 9 Jan, apa kata Polis?

PRESIDEN Perkasa, lelaki berperwatakan gemuk pendek dan bermulut becok, bernama Ibrahim Ali telah mengeluarkan kenyataan akan melakukan provokasi pada 9 Januari ini, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.




Kalau kita lihat lelaki yang sememangnya gemar melakukan provokasi bagi menaikkan namanya sejak di Universiti ini secara jelas ingin melakukan huru hara.

Berbeza dengan Perhimpunan Aman 901 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di mahkamah Jalan Duta pada 9 Jan ini, jelas dan terang mereka mahu mengadakan perhimpunan aman di sekitar mahkamah.

Hak berhimpun juga telah termaktub di dalam perlembagaan. Rakyat dibenarkan berhimpun secara aman tanpa senjata. Maka ia jelas selari dengan perlembagaan. Perkasa pula nak buat provokasi, jadi apa kata Polis?


ReJaM© "Dalam negara ini kalau berhimpun sokong Rosmah Mansor, takkan kena tangkap! "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan