Wednesday

Kantoi! Dua lagi kondo keluarga Shahrizat, RM34.6 Juta




PENGARAH strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli bagaikan terkena loteri dengan pendedahan terbaru berhubung NFC (National Family Corruption).

Beliau menceritakan telah secara tidak sengaja menemukan sebuah lagi kondominium keluarga Shahrizat yang terletak di atas restoran mewah milik mereka di Singapura.

Dengan bantuan ramai warga Singapura yang sedia membantu mendedahkan skandal Ketua Wanita Umno itu, Rafizi berjaya menemukan restoran mewah milik Keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, Singapura.

Apabila pekerja restoran tersebut diajukan soalan tentang kondominium milik keluarga Shahrizat, mereka secara spontan telah terbuka rahsia.

"Yes our boss got two condo above this restaurant" terang Rafizi sambil tersenyum.

Hal ini membawa kepada pembongkaran dua lagi unit kondominium milik keluarga Shahrizat yang berharga lebih RM34.6 juta di Singapura.

"Tidak susah untuk mengesan dua lagi unit kondo milik keluarga Shahrizat kerana ramai warga Malaysia di Singapura yang sedia tampil memberi maklumat" kata Rafizi.

"Jika Shahrizat mahu menyembunyikan harta kemewahan beliau di Singapura, beliau harus menutup ribuan mulut warga Singapura yang sanggup memberikan maklumat secara sukarela ini" tambahnya lagi.

Maklumat lanjut beserta bukti berkaitan akan menyusul.




ReJaM© "Nampaknya Shahrizat kena pergi Umrah lagi"


EmoticonEmoticon