Anwar individu yang luluskan penubuhan PTPTN - Utusan

SEJAK Pakatan Rakyat menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia melalui pemansuhan PTPTN, jika diberi peluang memerintah, pemimpin Rejim Barisan Nasional sibuk menyebut jasa BN mewujudkan PTPTN untuk membantu rakyat.

Siang malam pagi petang media-media propaganda Rejim BN menyiarkan kebaikkan pinjaman PTPTN di dalam membantu rakyat melanjutkan pelajaran. Inilah jasa BN untuk rakyat, inilah bukti BN utamakan rakyat, bla bla bla...

Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia, rupa-rupanya PTPTN itu sendiri diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau masih timbalan Perdana Menteri.



Kita tidak pernah nafi kebaikkan PTPTN di dalam menyediakan pinjaman untuk rakyat yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. Ia memang bagus, namun jika PTPTN itu dimansuhkan dan diganti dengan pendidikan percuma ia jauh lebih bagus.

Sebelum ini Anwar Ibrahim orang yang meluluskan penubuhan PTPTN untuk membantu rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran melalui pinjaman pendidikan yang disediakan.

Kini beliau menawarkan yang lebih baik untuk membantu rakyat, iaitu mansuh PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma! Ya orang yang tepat untuk membuat penawaran ini, that's great!

ReJaM© "Tolak BN, untuk pendidikan percuma..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan