Pembangkang hina raja Melayu - Utusan

MEMANG sudah menjadi rahsia umum bahawa 3 elemen propaganda media milik Regime Umno untuk terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat Malaysia ialah memainkan sentimen 3R.

Sentimen 3R yang dimaksudkan ialah, sentimen Religion (Agama), Race (Bangsa) dan Royal (Raja). Tiga elemen ini berupaya mengapikan kemarahan rakyat terutama orang Melayu.

Kalau kita lihat, setiap isu yang ada elemen-elemen ini akan diputar siang, malam, pagi dan petang di media-media propaganda Regime Umno dan Barisan Nasional.

Begitu terdesaknya mereka mencari isu yang mengandungi elemen 3R ini untuk mengapikan kemarahan rakyat mengakibatkan berita-berita propaganda yang disebarkan mereka sering tampak lucu dan menjelekkan.

Sebagai contoh, lihat berita hari ini di Utusan Malaysia.

Kisah seorang pengguna facebook bernama Rahman Kadir yang menulis di akaun facebook miliknya mendakwa ahli parlimen Pakatan Rakyat mengejek raja pun boleh jadi muka depan Utusan hari ini kah kah kah.

Di bawah ini screenshot Utusan Online.



Apa yang menarik, tajuk berita akhbar propaganda ini diletakkan "question mark" (?) menandakan mereka sendiri tak yakin dengan kesahihan berita yang dilapor bersumberkan tulisan pengguna facebook.

Takut kena samanlah tu kah kah kah...

Hasil tinjauan ReJaM© di facebook, di bawah ini tulisan mamat yang dimaksudkan [FB].



ReJaM© "Utusan Malaysia - penyebar (pembebal) fikiran rakyat..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan