Penduduk himpun bantah regim BN robohkan flat!

MALAM tadi ketika menghadiri mesyuarat mobilisasi besar-besaran perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur untuk 28 April ini, pengerusi majlis memaklumkan berita gempar.

Beliau mendapat maklumat bahawa, salah sebuah rumah flat di kawasan Kerinchi akan dirobohkan pagi ini oleh Regim Barisan Nasional.

Para penduduk dan orang ramai sudah bersiap sedia untuk melakukan himpunan membantah Regim BN daripada merobohkan flat tersebut difahamkan masih ada 80 lebih keluarga yang masih tinggal di situ.

Kepada rakan-rakan yang ada kesempatan harap dapat hadir berhimpun jam 8 pagi ini di stesen LRT Kerinchi sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan kita yang merasa dizalimi oleh Regim yang sudah 54 tahun mencengkam kuasa di negara ini.

Birokrasi yang berlaku barangkali sukar difahami, namun kita patut halang Regim BN daripada merobohkan tempat tinggal rakan-rakan kita.

Apapun alasannya 80 keluarga ini tidak patut dibiarkan tinggal dibawah jambatan. Jangan gunakan alasan untuk memghalau rakyat sendiri tinggal bawah jambatan tanpa rumah.

Tunjukkan pada Regim, kuasa di tangan rakyat. Jangan buat sesuka hati kamu terhadap rakyat. Seekor Orang Hutan lagikan kita pelihara dan lindungi habitatnya, apa lagi 80 keluarga manusia?

ReJaM© "Regim patut takut rakyat, bukan rakyat takut Regim! "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan