Friday

Penyanyi terkenal Aishah kini bersama PAS




PENYANYI terkenal tanahair Aishah kini dilihat sudah mula tampil di pentas ceramah Parti Islam se Malaysia, PAS. Beliau yang sebelum ini merupakan orang kuat Umno kini mengakui sudah berubah.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap pemerintahan Rejim Umno dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa depan di samping penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa.

Beliau juga menyeru kaum wanita, dan ibu-ibu agar "celik politik" di dalam membesarkan anak-anak. Ini kerana sistem pemerintahan yang ada sekarang begitu jelas mengecewakan.

Aishah turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita Umno, merangkap Menteri Kebajikan Keluarga dan Masyarakat yang dilihat tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Saksikan sendiri penjelasan beliau dalam video di bawah.



Alhamdulillah, semakin ramai artis sudah berani menyatakan pendirian di dalam parti politik secara terbuka. Dijangka lebih ramai artis akan menyertai Parti Islam se Malaysia, PAS selepas ini.


ReJaM© "Masa untuk berubah, Regime Umno dan BN sudah tak relevan... "


EmoticonEmoticon