Saturday

Presiden MCA buat U turn, bantah Lynas pulak!


KALAU sebelum ini MCA bersungguh-sungguh mempertahankan Regime Barisan Nasional, bahawa operasi Lynas dijamin selamat kepada rakyat terutama yang duduk di sekitar kilang pemprosesan nadir bumi tersebut.

Namun apabila menyedari bahawa kaum cina merupakan golongan yang ramai membantah kewujudan kilang tersebut, maka Presiden MCA, Chua Soi Lek terpaksa menukar pendiriannya.

Dalam satu kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh akhbar milik MCA, The Star beliau bertegas membantah pengeluaran lesen Lynas oleh kerajaan sekiranya sisa buangan kilang tersebut tidak dibuang ke luar Malaysia.



Kalau dah yakin sangat Lynas selamat, kenapa nak buang sisa ke luar negara?

Apa yang jelas, makin peninglah Najib, negara manakah yang mahu menerima sisa kilang Lynas untuk di buang ke negara mereka?

Maka Regime Barisan Nasional terpaksa mencari negara-negara yang boleh diperbodohkan untuk menerima sisa buangan dari kilang Lynas di Malaysia.

Presiden MCA, Chua Soi Lek memang diketahui umum seorang yang flip flop sama seperti Najib Razak yang suka main sentimen politik bercanggah.

Contohnya dalam isu perkauman yang dimainkan mereka, depan orang Melayu Najib kata DAP perkudakan PAS, tapi depan orang Cina, Chua Soi Lek kata PAS perkudakan DAP. Ini namanya permainan politik samdol! kah kah kah...

Apapun, jangan lupa 28 April 2012, "gelombang hijau dalam gelombang kuning" Perhimpunan Lynas 2.0 dan Bersih 3.0 diadakan serentak di tempat yang sama iaitu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

ReJaM© "Jom turun tibai pemimpin Flip Flop! "


EmoticonEmoticon