Belia diupah untuk hadiri Himpunan Sejuta Belia?

GAMBAR ini menceritakan sesuatu. Secara rasionalnya, untuk apa belia-belia di dalam bas ini memakai baju Himpunan Jutaan Belia sambil menunjukkan beberapa keping wang RM10?

Jawapannya mudah, mereka gembira sebab dapat upah untuk pergi ke Himpunan Jutaan Belia. Memang sudah jadi kebiasaan BN itu dikaitkan dengan duit. Kalau tak dapat duit tolong pasang bendera pun orang tak mahu.

Salah seorang rakan ReJaM© juga ada memaklumkan bahawa Umno di kawasannya akan memberikan sejumlah wang kepada belia-belia tempatnya untuk menghadiri program seperti ini.



Sudah tentu ramai yang menerima wang seperti ini, dan tentu sekali melibatkan wang yang banyak untuk dibelanjakan bagi mengupah belia-belia seperti ini.
Khabarnya RM20 juta habis dibelanjakan. Duit siapa yang digunakan?

Bukan setakat upah, malah belia-belia dihidangkan dengan penari K-pop dan pelbagai hiburan. Inilah cara BN meraih sokongan belia, hidup BN! Saya mesti pilih! [ASD]


ReJaM© "Dah bagi upah dan hiburan pun tak ramai orang datang... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan