Saturday

Bukti bergambar Rumah TG Nik Aziz didakwa berharga RM500 ribu


LIHAT gambar rumah ini baik-baik, inilah rumah yang menjadi kontroversi baru-baru ini, kononnya ia dibina oleh Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz berharga RM500,000 menggunakan duit rakyat Kelantan.



Salah seorang sahabat di laman sosial Facebook yang pulang ke kampung halamannya di Perlis sempat ke lokasi rumah yang didakwa dan membawakan kepada kita gambar rumah yang menjadi kontroversi itu.

Rumah ini sebenarnya terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang Perlis kepunyaan seorang pemilik kilang beras bernama Man Dibuk.

Gambar papan tanda projek Barisan Nasional di bawah ini membuktikan kebenaran dakwaan di atas. Ternyata cerita bohong gerombolan songkok tinggi baru-baru ini terkantoi di situ.




ReJaM© "Dia ingat kalau ambik gambar ceruk kampung orang tak boleh cari... "


EmoticonEmoticon