Isu letak jawatan, ini dia SMS yang dikirim oleh Rafizi Ramli

ISU perletakan jawatan Rafizi Ramli semalam, sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, mengundang pelbagai spekulasi.

Ramai pihak menganggap ia ada kena mengena dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah Hussin yang selama ini didakwa kerap menimbulkan perbalahan.

Blogger pro Umno dan media-media propaganda mereka pula hari ini mula mereka cipta pelbagai teori. Tujuannya mudah difahami - untuk menggambarkan KEADILAN Negeri Selangor sedang bergolak.

Petang semalam ReJaM© ada bertanya kepada Cikgu Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkenaan hal ini. Hasilnya beliau menghantar (forward) satu sms yang dihantar kepadanya bagi menggambarkan situasi sebenar.



Jelas sekali Rafizi berasa lucu membaca pelbagai cerita yang disebarkan berkaitan dengan perletakan jawatan beliau. Kalau dilihat reaksi bersahaja Rafizi menggambarkan tiada sebarang kontroversi berlaku seperti yang digembar-gemburkan.

Cikgu Fariz Musa merupakan antara pimpinan yang rapat dengan Rafizi, jika ada sebarang pergolakan atau masaalah, biasanya Cikgu Fariz antara orang paling awal akan mengetahuinya, namun SMS di atas menunjukkan perkara sebaliknya, wallahua'lam.

ReJaM© "Nantikan teori-teori lucu media propaganda Umno kah kah kah... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan