Tuesday

Isu WWW 1: Nizar saman Utusan Malaysia dan TV3


UTUSAN Malaysia sebelum ini dilihat begitu jelas memutar belitkan fakta apabila sengaja membuat laporan berniat jahat terhadap kenyataan Twitter Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Akhbar propaganda itu dengan sengaja melaporkan perkara yang tidak ditulis oleh Nizar. Utusan tanpa rasa bersalah melaporkan kononnya Nizar menuduh Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat. Rujuk Screenshot Utusan Online di bawah.



Hal ini pernah disiarkan di MiLo SuaM baru-baru ini dan ReJaM© turut mencadangkan agar Nizar mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia rujuk sini [Nizar patut saman Utusan]

Menurut Nizar di Sidang media Parlimen hari ini:

“Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.

“Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat,”


Lantaran keceluparan akhbar propaganda itu, hari ini Nizar mengambil tindakan saman ke atasnya. Turut disaman ialah stesen TV propaganda Regim BN, TV3 Al-Musyrikin.

ReJaM© "Asyik kena saman dan kalah, itulah Utusan Syaitan... "


EmoticonEmoticon