Lagi 957 peneroka saman Felda RM 525 juta

RENTETAN daripada berhasilnya saman peneroka terhadap FELDA pada tahun 2010 apabila FELDA terbukti menipu peneroka selama lebih 17 tahun, kini lebih ramai peneroka bangkit menuntut hak mereka.

Sebelum ini seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi.

Kali ini, Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntutan ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi [Sinar].



Selepas ini dijangka lebih ramai peneroka yang sedar mereka ditipu oleh Felda selama lebih 17 tahun akan tampil menuntut hak mereka di mahkamah.

Biarlah Najib nak kata peneroka ini pengkhianat, tak mengenang budi atau apa sekalipun, apa yang jelas Felda dilihat telah menipu peneroka selama berbelas tahun, biarlah mahkamah yang tentukan.


ReJaM© "Durian runtuh ambil, saman tetap saman... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan