Panas! Banner Himpunan Hijau disimbah cat biru!

NAMPAKNYA taktik sabotaj dengan cara menyimbah cat sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Mungkin si pelaku bangga jika diketahui umum bahawa merekalah yang berani membuat sabotaj.

Terbaru banner Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth yang akan berlangsung esok disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab.



Jelas kelihatan di dalam gambar, kesan simbahan cat biru pada banner yang dimaksudkan. Kenapalah jahat sangat, perangai macam syaitan!

Apa pun, pada pendapat ReJaM© secara peribadi, tindakan begini hanyalah menunjukkan sikap busuk hati mereka, dan membuatkan rakyat semakin muak dengan politik ala samseng begini.

Maklumat lanjut klik sini [ASD]

ReJaM© "Rakyat tak suka politik samseng... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan