Panas! Ceramah Ustaz Azhar Idrus disabotaj!

PELIK tapi benar, ceramah agama pun ada juga orang yang tergamak melakukan sabotaj. Difahamkan ada pihak cuba menyebarkan maklumat yang salah tentang lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus melalui sms berantai.

Hal ini didedahkan oleh salah seorang pihak penganjur yang terlibat menguruskan ceramah beliau di seluruh negara (pihak Studio Mukmin).

Beliau memaklumkan melalui akaun facebook bahawa ada segelintir pihak cuba menyebarkan sms palsu mengatakan kononnya ceramah Ustaz Azhar Idrus esok (malam ini) berpindah lokasi ke Masjid Jamek Parit Jawa.

Namun sebenarnya lokasi ceramah penceramah bebas terkenal itu masih kekal akan diadakan di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar. Di bawah ini printscreen kenyataan beliau [facebook].



Menyaksikan sambutan anak muda yang sangat luar biasa terhadap ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, nampaknya sudah ada pihak yang busuk hati dan sanggup melakukan perbuatan khianat.

Adakah semua ini rentetan kemunculan Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah agamanya di Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Parti Islam, PAS baru-baru ini menyebabkan Gerombolan Songkok Tinggi mula melakukan sabotaj?


ReJaM© "Perbuatan jahat akan dibalas jahat... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan