Skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal dilapor ke SPRM

MiLo SuaM agak terlambat menerima kenyataan media yang berkaitan dengan skandal artis yang tidak kurang popularnya, Zahida Rafik dan Menteri Safie Afdal yang dikeluarkan oleh YB Zuraidah Kamaruddin.

Kenyataan media bertarikh 12 Jun 2012 itu memaklumkan bahawa skandal Shafie Apdal
akan dilaporkan ke SPRM dalam minggu ini kerana dibimbangi melibatkan wang rakyat bernilai RM1.5 juta.

Wanita KEADILAN menegaskan bahawa mereka memiliki bukti yang cukup untuk membawa perkara ini ke SPRM dan ia akan didedahkan secara berperingkat-peringkat.



Selain itu, bercakap mewakili Wanita KEADILAN, Zuraida menegaskan pendedahan mengenai skandal menteri ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau mengganggu hubungan intim mereka berdua, sebaliknya bagi memastikan tiada wang rakyat digunakan bagi tujuan peribadi.

ReJaM© "Nantikan pendedahan lebih panas selepas ini... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan