Tarian separuh bogel K-Pop versi PKR?

SEORANG pembaca mengirim video melalui email memaklumkan bahawa PKR juga ada menganjurkan persembahan penari separuh bogel, Kpop dalam "Bertam Nite" baru-baru ini.

Tambah memeranjatkan, pengirim ini mendakwa ada menyimpan video tarian separuh bogel Kpop di dalam salah sebuah ceramah Parti Islam se Malaysia, PAS.

Pengirim ini memaklumkan, rakaman penari separuh bogel dalam simpanannya menari dengan berlatar belakangkan bendera PAS.



ReJaM© tak mahu percaya terus dengan berita ini, kerana seperti ada yang tak kena.

Kalau dilihat video rakaman yang disiarkan ini tidak nampak seperti persembahan, kerana penari separuh bogel yang menari di atas pentas berlatar belakangkan bendera PKR, nampak seperti tidak bersedia.

Mereka seperti menari ikut suka, dan berterabur. Maka agak sukar dipercayai jika penari ini sedang membuat persembahan tarian separuh bogel. Tambah lagi tiada rakaman penonton yang hadir.

Jika benar persembahan ini wujud, pimpinan PKR patut mengambil tindakan ke atas penganjur yang memburukkan imej Parti Keadilan Rakyat. Seolah-olah PKR sama perangai seperti Umno.

Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila tonton dan nilai sendiri.



ReJaM© "Adakah ini merupakan 'black operation' oleh pencacai Umno? "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan