Tunang anak perempuan PM didakwa tipu AS$20 juta

MAJLIS pertunangan anak perempuan Najib sebelum ini menjadi kontroversi apabila sebuah dokumen didedahkan mendakwa ia ditanggung oleh Jabatan Perdana MEnteri sebanyak RM409,767 sekaligus menunjukkan wang rakyat digunakan.

Kali ini Dokumen dari mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 Juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.



Dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

Sebelum ini bakal bapa mertua Daniyar Nazarbayev terkenal di seluruh dunia kerana mendapat liputan luas media antarabangsa berhubung kes rasuah kapal selam, kali ini bakal menantu Rosmah pula menjadi terkenal sebagai kaki tipu.

Sumber: [Daily Mail]

ReJaM© "Suka aibkan orang, sekarang Allah buka aib kamu..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan