Undi PAS masuk syurga, propaganda jahat Utusan!

UNDI PAS masuk syurga, di bawah ini salah satu artikel berita yang disiarkan di akhbar propaganda Utusan Malaysia. Kebelakangan ini mereka cuba menimbulkan isu "Undi PAS masuk syurga".

Persoalan yang timbul sekarang, siapa yang kata "undi PAS masuk syurga"? Pimpinan mana yang kata? Utusan cuba menanam persepsi kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada mengatakan bahawa "undi PAS masuk syurga".



Bagi pembaca akhbar propaganda ini yang tidak tahu punca, akan tertipu dan percaya bahawa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mengatakan bahawa "undi PAS masuk syurga".

Buat pengetahuan anda, Mufti Perak, Tan Sri Harussani sendiri dilihat pernah tertipu dengan propaganda jahat ini. Beliau pernah menulis artikel di dalam Mingguan Malaysia tahun lalu yang mengaitkan TG Nik Aziz dengan isu "undi PAS masuk syurga".

Tulisan itu mengundang pejabat MB Kelantan menghantar surat rasmi menuntut penjelasan daripada mufti itu, bagi menanyakan sumber dari mana dirujuk mufti Perak yang mengatakan TG Nik Aziz berkata demikian? [TMI]



Bagaimanapun, Mufti Perak difahamkan tidak membalas surat rasmi itu. Jelas mufti yang dihormati itu juga kadangkala melakukan khilaf sehingga menuduh TG Nik Aziz kerana termakan propaganda jahat Utusan Malaysia.

Kali ini, Utusan Syaitan cuba membangkitkan kembali isu lapuk ini untuk mengelirukan pembacanya. Ini akhbar apa ni? Perangai macam syaitan!

ReJaM© "TG Nik Aziz patut saman Utusan... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan