Abby Abadi terima cabaran saudagar gelang AC Mizal

SEMALAM saudagar gelang sakti yang didakwa oleh segelintir pihak sebagai boleh memberikan kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, AC Mizal mencabar Abby Abadi berdebat rujuk sini [AC Mizal]

Walaupun cabaran AC Mizal itu nampak lucu kerana beliau hanya berani mencabar wanita untuk menonjolkan kehebatannya, tanpa disangka-sangka Abby Abadi mengeluarkan kenyataan menerima cabaran beliau [Twitter].



Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar Abby berkata "Terpanggil utk mnerima cabaran @datoacmizal" di laman twitter beliau, namun secara jelas beliau membayangkan telah menerima cabaran AC Mizal.

ReJaM© telah cuba menghubungi Abby Abadi melalui Twitter beliau sebentar tadi, namun masih belum mendapat sebarang jawapan, barangkali beliau sibuk.

Barangkali Sinar Harian sudah boleh bersiap sedia untuk menganjurkan debat antara saudagar gelang sakti AC Mizal dan pelakon watak inspektor Aliza, Abby Abadi.

Apa pun, hal ini memberikan tamparan kepada Najib Razak yang tak habis-habis memberikan alasan meskipun sudah dicabar berulang kali oleh Anwar Ibrahim untuk berdebat isu ekonomi.

Najib seperti biasa mengeluarkan alasan dangkal yang sama iaitu "debat bukan budaya kita..."

ReJaM© "Malulah derr perempuan pun berani... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan