Hakim mahkamah tinggi sahkan menteri tidak waras

MAKSUD yang sinonim atau sama erti dengan rasional ialah waras. Maka bila hakim kata Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussin tidak rasional ertinya beliau tidak waras [Utusan].



Kalau kita imbas kembali, semasa perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu, Rejim Barisan Nasional bagaikan orang gila, semua orang baju kuning nak ditangkap. Malah mencipta sejarah sebagai Rejim Lawak yang takut dengan baju kuning.

Pada waktu itu ReJaM© turut menjadi mangsa ditangkap oleh pihak Polis akibat daripada pengumuman gila Hishamuddin yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

ReJaM© juga masih ingat semasa ReJaM© bertanya kepada anggota polis yang menahan ReJaM© itu, berkenaan akta apa yang digunakan untuk menahan ReJaM©, beliau terkulat-kulat tidak boleh menjawab.

Kata beliau: "Tentang akta dan lain-lain encik boleh tanya dengan pegawai saya, saya cuma mengikut arahan sahaja".

Sampai di Balai Polis, habis semua sepuluh-sepuluh cap jari tangan diambil, tapak tangan, gambar dan lain-lain dah macam buat kesalahan membunuh Perdana Menteri.

Namun semalam, anda lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana hakim mahkamah tinggi mengesahkan bahawa menteri yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram sebenarnya tidak waras kah kah kah.

Ini maknanya apa? Ini maknanya ReJaM© ditahan oleh Polis atas arahan menteri yang tidak waras kah kah kah. Cinabeng aku kena tahan dengan orang gila rupanya.


ReJaM© "Mana ada undang-undang tangkap orang pakai baju kuning bengong! "

1 Comments

  1. Hi there! I just wish to give an enormous thumbs up for the good data you may have here on this post.

    I can be coming back to your weblog for more soon.



    my web page :: Pinoy franchise

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan