Friday

Kafir masuk masjid, blogger putar belit ayat Al-Quran


GEROMBOLAN blogger pro United Malays National Organization sedang hangat menimbulkan kembali isu pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memberi ucapan di masjid beberapa tahun lalu.

Untuk menjadikan isu tersebut lebih sensasi mereka menokok tambah cerita kononnya pemimpin bukan Islam itu menyampaikan tazkirah di masjid tersebut.

Tambah melucukan, mereka menjadi ahli nujum mendakwa Allah telah menurunkan bala ke atas masjid tersebut untuk menyamak bekas tapak kaki tempat pemimpin kafir itu berdiri rujuk sini [orang kafir masuk masjid].

Tambah mengejutkan ada blogger Umno yang berani menggunakan ayat Al-Quran bagi mengelirukan pembaca blognya supaya percaya kononnya orang bukan Islam dilarang masuk ke masjid.



Lucu melihat gelagat blogger-blogger Umno ini di dalam memainkan sentimen agama bagi meraih sokongan pengundi Melayu. Sudah jadi ahli nujum, nak jadi mufti pula.

Nampaknya blogger ini lebih pandai daripada majlis fatwa yang telah mengeluarkan fatwa mengharuskan orang bukan Islam untuk masuk ke masjid. Malah orang bukan Islam (kafir) juga diharuskan masuk ke ruang solat utama dalam masjid.



Bukankah ini namanya mempermainkan Al-Quran demi kepentingan politik?

ReJaM© "Bubarkan Majlis Fatwa, suruh je blogger Umno keluar fatwa... "


EmoticonEmoticon