Kerajaan Negeri Selangor saman MCA

MAJLIS Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang - undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenan tohmahan penyelewengan RM1 ribu juta.

Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.

Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Sent from my BlackBerry®

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan