Kiriman SMS taktik lagakan MB Selangor dan Azmin

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM kali ini mengirimkan bukti gambar menunjukkan satu sms yang dihantar kepada ayahnya daripada nombor yang tidak dikenali.

SMS itu kononnya menyeru penerimanya agar memberi desakan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim supaya memecat setiausahanya.

Pengirim email ini meminta ReJaM© menyiasat siapakah pengirimnya. Di bawah ini kiriman SMS yang dimaksudkan.



SMS ini dikirim melalui nombor +601115709320. Ia dilihat mahu menggambarkan kononnya ada usaha untuk menjatuhkan MB Selangor daripada kem Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN.

Namun perancang perang saraf ini tak cukup bijak untuk membuat propaganda. Kerana meletakkan perkataan "kem Azmin" di akhir SMS ini.

Kerana apa? Kerana istilah "Kem Azmin" itu diwujudkan dan dicipta oleh Umno, bagaimana pula orang KEADILAN boleh gunakan istilah yang dicipta oleh Umno? Kahkahkah...

Seperti juga propaganda kononnya berlaku perpecahan dalam Parti Islam, PAS yang diberi istilah oleh Umno sebagai team "Ulama" dan "Erdogan" istilah ini diwujudkan oleh gerombolan songkok tinggi tiga jengkal.

Di bawah ini pula sms yang diterima oleh MiLo SuaM:

"Teruskan desakan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin kerana dia cuba menjatuhkan isteri Rosmah. Kem Big Mama"

SMS tipu serta istilah ini pula dicipta oleh MiLo SuaM kah kah kah...


ReJaM© "Buat SMS propaganda pun kantoi kah kah kah... "


Sent from my BlackBerry®

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan