Menarik, Anggota Polis cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

TUAN Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan bukan sahaja dihormati oleh orang awam, malah anggota Polis juga turut menghormati beliau.

Meskipun ramai yang menganggap pihak Polis menjadi perkakas kepada Rejim Barisan Nasional untuk terus berkuasa, barangkali hanya segelintir anggota Polis yang menjalankan tugas itu dengan sepenuh hati.



ReJaM© sendiri ada beberapa orang kawan yang bekerja sebagai anggota Polis, mereka mengakui telah melalui satu proses "brain wash" agar menyokong Regime Barisan Nasional dan membenci Pakatan Rakyat.

Namun nampaknya rakan ReJaM© ini masih kekal hatinya untuk tidak menyokong Regime Barisan Nasional secara membuta tuli kerana akal mereka masih waras untuk membezakan perkara baik dan buruk.

Kita tak minta rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, namun kita mahu rakyat membuat perbandingan, gunakan akal fikiran untuk memilih.

Jika rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, maka tidak ada bezalah dengan penyokong Regime Barisan Nasional yang hanya percaya kepada media arus perdana tanpa membuat perbandingan.

Di bawah ini video rakaman yang sempat diambil saat salah seorang anggota Polis mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz. Siap bunyi "Cupp..." sayang betul dia pada Tuan Guru hehehe.





ReJaM© "Jasad boleh dipaksa namun hati tidak sama sekali..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan