Tuesday

Pelakon Hairie Othman dapat 50K setiap kali ceramah?


GEGAK gempita laman sosial facebook dan blog-blog mengenai pengakuan Hero Filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang mengaku mendapat 50K setiap kali menyampaikan ceramah di pentas Parti Islam, PAS.

Cybertrooper gerombolan songkok tinggi terlompat-lompat menyebarkan berita ini di laman sosial dan blog-blog. Salah satu blog yang menyebarkannya rujuk sini [sumber]

Di bawah ini pula prinscreen kenyataan pelakon yang turut memegang watak hantu dalam drama Waris yang sedang ditayangkan di TV3 waktu ini di laman twitter milik beliau [Twitter].



Sebenarnya sekali tengok dah tahu pelakon itu sebenarnya sekadar memerli salah seorang cybertrooper Umno yang menyerangnya di Twitter. Dari mana Parti Islam, PAS nak cekau duit banyak-banyak bayar Hairie?

Kalau sekali ceramah RM50k, kalah gaji Perdana Menteri Australia sebulan kah kah kah. Kenyataan perli macam ni pun boleh dianggap sebagai serius kah kah kah.

Kalau iya pun nak buat propaganda, biarlah yang masuk akal, takkanlah cerita macam ni pun boleh jadi propaganda wahai cybertrooper. Itu propaganda bodoh namanya.


ReJaM© "Kalau Hairie cakap dia berak keluar emas pun mesti diorang percaya... "


EmoticonEmoticon