Penyokong BN mengamuk selepas langgar kereta orang

GAMBAR di bawah ini diambil ketika berlakunya pertengkaran dalam sebuah kemalangan jalanraya. Gambar ini dimuatnaik di halaman facebook rujuk sini [Facebook]

Difahamkan, akibat kecuaian menggunakan telefon bimbit ketika memandu, lelaki yang memakai baju biru dengan tulisan Barisan Nasional ini telah melanggar kereta milik orang yang memuat naik gambar ini di facebook.

Namun lelaki ini tidak mengakui kesalahannya sebaliknya menyalahkan pemilik kereta yang dilanggarnya. Dia dikatakan turut memaki hamun dan membuka bajunya untuk mengajak pemilik kereta itu berkelahi.



Lelaki ini juga mencabar agar gambarnya diambil, oleh kerana itulah gambarnya terpapar di blog ini. Dari pakaian, nampaknya dia adalah penyokong Barisan Nasional.

Pada ReJaM© ini hanyalah satu contoh pergaduhan yang biasa terjadi antara dua pemilik kenderaan apabila berlakunya kemalangan seperti ini. Siapa salah siapa betul kita pun tak tahu.



ReJaM© "Dia ingat dah pakai baju BN undang-undang pun boleh langgar "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan