Sertai PAS: Kontrak Duta Tudung Abby Abadi ditamatkan

HARI ini heboh warga internet memperkatakan tentang penamatan kontrak Abby Abady sebagai Duta Tudung Alhumaira Contemporary.

Pihak syarikat Alhumaira Contemporary mendakwa mereka menamatkan kontrak tersebut kerana objektif perjanjian yang telah ditandatangani tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan.

Di bawah ini kenyataan yang dikeluarkan oleh halaman facebook syarikat tersebut kira-kira enam jam yang lalu ketika artikel ini ditulis [facebook].



Kenyataan ini dilihat cuba menafikan kenyataan di akaun Twitter milik Abby Abadi sebelum ini yang memaklumkan syarikat tersebut menamatkan kontrak beliau kerana beliau terlibat dengan politik.



Abby di twitter milik beliau sebelum ini turut menyebut "mention" @hanieliarousli bagi memaklumkan kenyataannya itu kepada pemilik Al-Humaira' Contemporary.

Petang tadi, ReJaM© sempat menghubungi Abby Abadi bertanyakan hal ini serta bertanya sendiri kepada beliau jika ada bukti menunjukkan Al-Humaira' menamatkan kontraknya kerana alasan politik.

Hasilnya Abby Abadi mengirimkan printscreen perbualan beliau dengan Al-Humaira' Contemporary melalui aplikasi Whatsapp di iPhone. Di bawah ini prinscreen yang dimaksudkan.



Depan Abby Abadi mereka kata terpaksa batalkan kontrak kerana penglibatan Abby dengan politik memberi kesan kepada perniagaan mereka. Namun di khalayak umum mereka kata tidak mencapai matlamat.

Namun bukti ini jelas menunjukkan siapa yang berbohong. Nampaknya Al-Humaira' Contemporary cuba nak lari daripada perjanjian kontrak dengan menggunakan alasan politik.

ReJaM© "Gua sarankan Abby Abadi saman saja syarikat ini... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan